TAZKIRAH JUMAAT BERSAMA PWS: ”WAKAF-PERSEDIAAN SEBELUM KEMATIAN”

TAZKIRAH JUMAAT BERSAMA PWS: ”WAKAF-PERSEDIAAN SEBELUM KEMATIAN”

24 Oktober 2025, Hulu Langat — Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) meneruskan inisiatif dakwah berterusan melalui Program Tazkirah Jumaat bersama PWS yang kali ini diadakan di Masjid Taman Sutera, Kajang.

Tazkirah bertajuk “Wakaf: Persediaan Sebelum Kematian” telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS.

Dalam sesi tersebut, beliau menekankan bahawa amal wakaf merupakan persediaan terbaik bagi menghadapi kematian, kerana pahala jariahnya kekal mengalir walaupun pewakaf telah kembali ke rahmatullah.

Beliau turut menyeru umat Islam agar menjadikan wakaf sebagai sebahagian daripada pelan kehidupan spiritual dan sosial, demi kesejahteraan ummah yang berterusan.

Sepanjang program, kaunter wakaf PWS turut dibuka bagi memberi peluang kepada jemaah untuk menunaikan wakaf serta mendapatkan penerangan lanjut mengenai pelbagai inisiatif wakaf yang diuruskan oleh PWS.

Terima kasih kepada para jemaah dan pewakaf yang sentiasa menyokong usaha PWS dalam memperkasa dakwah dan pembangunan ummah melalui wakaf.

Sesungguhnya, wakaf hari ini, manfaatnya selamanya.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#PerbadananWakafSelangor #TazkirahJumaatPWS #WakafFisabilillah #WakafUntukAkhirat #MasjidTamanSuteraKajang #DaerahHuluLangat #PWSPrihatin #AmalJariah #PersediaanSebelumKematian #BersamaPWS #JariahBerkekalan

No Comments

Post A Comment