31 Julai 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Medik Nur Rahmah Berhad. Delegasi seramai empat orang ini yang diketuai oleh YBhg Dr Shaharom Md Shariff, Lembaga Pengarah Medik Nur dan disambut mesra oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Turut hadir dari Medik Nur Rahmah ialah Encik Najmuddin Ariffin, Ketua Eksekutif Medik Nur, Encik Mohd Firdaus Zainol, Eksekutif Kebajikan dan Perkhidmatan Korporat dan Encik Nur Ehsan, Project Research Officer.
Turut serta dari PWS ialah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat, Cik Anis Amirah binti Mohd Kifly, Eksekutif Unit Korporat, Media dan Promosi dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif Unit Korporat, Media dan Promosi PWS.
Objektif utama kunjungan ini adalah bagi mewujudkan jaringan hubungan serta peluang kerjasama strategik di antara Medik Nur Rahmah Berhad dan PWS
Terima kasih atas kunjungan ini dan semoga ukhuwah kita berkekalan.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments