SIARAN LANGSUNG DI NASIONAL FM 95.3 “HADIAH ABADI BUAT IBU,JOM BERWAKAF”

SIARAN LANGSUNG DI NASIONAL FM 95.3 “HADIAH ABADI BUAT IBU,JOM BERWAKAF”

3 November 2025, Bangsar – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) hari ini tampil secara siaran langsung di Nasional FM 95.3 dalam slot bual bicara istimewa bertajuk “Hadiah Abadi Buat Ibu, Jom Berwakaf.”                                                            

Siaran ini menampilkan perkongsian oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, yang mengupas tentang makna kasih dan bakti seorang anak melalui amalan wakaf serta bagaimana wakaf mampu menjadi pahala abadi yang terus mengalir buat insan tersayang.

Program yang dikendalikan dengan penuh santai oleh DJ Aizat Azam turut membicarakan tentang peranan PWS dalam memperkukuh ekonomi ummah melalui inisiatif Wakaf, serta usaha memperluas kesedaran masyarakat terhadap kehebatan dan hikmah berwakaf.

 

PWS mengajak seluruh rakyat Selangor dan umat Islam untuk menjadikan wakaf sebagai hadiah bermakna dan legasi kasih yang berkekalan, demi kesejahteraan ummah.

 

#PerbadananWakafSelangor #WakafSelangor #NasionalFM #HadiahAbadiBuatIbu #JomBerwakaf #DJ_AizatAzam #WakafMembangunkanUmmah #PahalaTerusMengalir #LegasiKebaikan

 

No Comments

Post A Comment