23 Jun 2025, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bersama mengiringi Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin dalam Program Turun Padang untuk mengadakan lawatan dan mengenalpasti isu hal ehwal Islam bagi Daerah Sepang.
Program turun padang selama sehari ini dimulakan dengan lawatan ke melibatkan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang, KAFA Integrasi Jannatul Ma’wa, Kampong Baru Labu Lanjut dan Masjid Ar Ridha, Jenderam Hulu.
Turut hadir dalam lawatan ini adalah YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor, Dr. Hajah Norzaihan binti Mohd Zain,Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, Puan Rohana binti Hassan, Ketua Audit Dalam MAIS, AF Ustaz Mohamad Nazri bin Sobirin Pegawai Tadbir Agama PAID Daerah Sepang, Yang Arif Muhamad Nazri bin Basrawi, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang dan Pegawai dari Lembaga Zakat Selangor.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments