6 Ogos 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor serta menyerahkan Agihan Manfaat Hartanah Wakaf 2024 berjumlah 17,435.00 kepada Majlis Agama Islam Selangor.
Penyerahan agihan manfaat tersebut telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha Majlis Agama Islam yang baharu dan Encik Zaharudin bin Salim, Pengarah Strategi Korporat MAIS.
Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS, perbincangan berkenaan hartanah wakaf, wakaf tunai melalui potongan gaji agensi-agensi agama dan anak syarikat, agensi kerajaan negeri dan PBT di negeri Selangor dan plan strategi untuk meningkatkan kutipan dan agihan wakaf di negeri Selangor.
Turut serta dalam kunjungan ini adalah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS, Puan Hajah Norhalisa binti Mujer, Pengurus Bahagian Hartanah PWS, Encik Norizam bin Buang, Penolong Eksekutif Unit Korporat, Media dan Promosi dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif Unit korporat, Media dan Promosi PWS.
Semoga penyerahan agihan manfaat dan perjumpaan ini dapat memberi manfaat kepada MAIS dan membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara MAIS dan PWS sebagai agensi agama di bawah MAIS bagi memartabatkan institusi wakaf dan ekonomi islam di Selangor ini.
Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:
https://fpx.wakafselangor.gov.my/
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
#wakafselangor
#wakafselangormuamalat
#wakafmembangunkanummah
#satuwakafsejutamanfaat #mais
No Comments