1 Oktober 2025, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bersama delegasi dari Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama Halal Development Corporation (HDC) ke Tapak Stesen Minyak Petron dan Saudagar Nanas Agrofarm di bawah projek wakaf yang dilaksanakan oleh PWS di Sungai Merab, Kajang.
Delegasi dari kedua agensi ini diketuai oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan Encik Mohd Zamulud Awang Kechik, Ketua Pegawai Komersial HDC disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Md. Yusof, Pengerusi PWS.
Turut meraikan dari PWS ialah YBhg. Dato’ Haji Mohd Misri bin Haji Idris, Timbalan Pengerusi PWS merangkap Pengerusi Wakaf Selangor Energy (WSE), YBrs Tuan Haji Mohamad Salim bin Sain, Ahli Lembaga Pengarah WSE dan YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Lawatan kerja ini adalah perkongsian bersama berkenaan projek Wakaf Pertanian dan Projek Stesen Minyak Wakaf yang diusahakan oleh PWS di negeri Selangor serta berkongsi pengalaman serta meneroka ruang kerjasama yang dapat dijalin antara kedua pihak.
Semoga sesi lawatan ini memberi pengalaman dan inspirasi kepada YWM dan HDC untuk sama-sama menjayakan institusi wakaf berkenaan program wakaf pertanian dan projek stesen minyak wakaf agar dapat memartabatkan syiar dan ekonomi islam di masa hadapan, InshaAllah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my/
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
Untuk berwakaf tunai.
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#satuwakafsejutamanfaat
#ywm #HDC
No Comments