KUNJUNGAN HORMAT PWS KE PEJABAT KETUA POLIS SELANGOR -PWS Merangka Usahasama Bersama Polis Selangor Dalam Membangunkan Ummah-

KUNJUNGAN HORMAT PWS KE PEJABAT KETUA POLIS SELANGOR -PWS Merangka Usahasama Bersama Polis Selangor Dalam Membangunkan Ummah-

8 Oktober 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Polis Selangor. Delegasi PWS seramai empat orang ini diketuai oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar, Ketua Polis Selangor bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Turut serta dalam kunjungan ini adalah Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi PWS.

Turut sama dari IPK Selangor ialah ACP Mohammad Hisham bin Mohamad Idris, Ketua Jabatan Siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Selangor, ACP Somu a/l Subramaniam, wakil Ketua Jabatan Pengurusan Selangor.

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS sebagai sebuah Institusi Wakaf di Negeri Selangor, perbincangan yang boleh dijalinkan antara kedua-dua pihak bagi pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat ummah melalui konsep wakaf agar dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi PWS dan galakan kakitangan IPK dan IPD di Selangor untuk melaksanakan Ibadah Wakaf.

Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan Polis Selangor bagi memartabatkan syiar dan ekonomi islam di Negeri Selangor.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#polisselangor

No Comments

Post A Comment