KUNJUNGAN HORMAT PWS KE PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT PWS KE PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

7 Januari 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor sebagai sebahagian usaha memperkukuh hubungan strategik antara institusi wakaf negeri dan kepimpinan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Delegasi PWS diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi PWS. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan Ahli Lembaga Pengarah PWS yang baharu bagi sesi 2026 hingga 2028, di samping berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS sebagai institusi wakaf di Negeri Selangor.

Dalam sesi pertemuan tersebut, PWS turut membentangkan hala tuju pembangunan wakaf merangkumi aspek hartanah, ekonomi dan sosial masyarakat ummah melalui konsep wakaf, selain mengemukakan Laporan Prestasi PWS bagi Tahun 2025 sebagai gambaran pencapaian serta perancangan masa hadapan.

Turut mengiringi delegasi ialah YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS, serta Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen PWS dalam memastikan tadbir urus wakaf yang telus, berimpak dan selari dengan aspirasi pembangunan Negeri Selangor demi kesejahteraan ummah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#WakafSelangor #WakafMembangukanUmmah

#PerbadananWakafSelangor

#KunjunganHormat

#InstitusiWakaf

#PembangunanWakaf

#TadbirUrusBaik

#WakafBerimpak

No Comments

Post A Comment