23 Oktober 2025, Sabak Bernam — Dalam usaha memperkukuh jaringan kebajikan berasaskan wakaf, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Mahabbah ke Pusat Dialisis MAIS Cawangan Sungai Besar.
Kunjungan ini diketuai oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS, bersama beberapa pegawai PWS.
Selain meninjau kemudahan dan operasi pusat, rombongan turut menyantuni para pesakit dialisis yang sedang menjalani rawatan dengan penuh mesra dan prihatin, sebagai tanda sokongan moral dan kasih sayang sesama ummah.
Untuk rekod, pada bulan Ramadan yang lalu, PWS telah menyerahkan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000 bagi tujuan kerja-kerja baik pulih dan penambahbaikan kemudahan di pusat dialisis tersebut.
Sumbangan ini telah membantu meningkatkan keselesaan pesakit dan kelancaran operasi rawatan di bawah pengurusan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Encik Muhammad Hafiz turut menegaskan bahawa inisiatif wakaf dalam bidang kesihatan merupakan antara agenda penting PWS dalam memperluas manfaat jariah kepada golongan yang memerlukan, khususnya pesakit kronik yang memerlukan perhatian berterusan.
Terima kasih kepada semua pewakaf yang terus mendokong misi kebajikan melalui PWS.
Sesungguhnya, wakaf bukan sekadar sumbangan, tetapi tanda kasih yang menghidupkan harapan.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#PerbadananWakafSelangor #WakafFisabilillah #PWSPrihatin #KunjunganMahabbah #PusatDialisisMAIS #SungaiBesar #WakafKesihatan #BersamaPWS #JariahBerkekalan #KasihDariWakaf #yide
No Comments