PWS Adakan Kunjung Hormat ke Yayasan Waqaf Malaysia

PWS Adakan Kunjung Hormat ke Yayasan Waqaf Malaysia

10 Mac 2026, Putrajaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjung hormat ke Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) sebagai langkah memperkukuh hubungan kerjasama antara institusi wakaf di peringkat negeri dan nasional.

Delegasi PWS diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi PWS dan diiringi oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS bersama barisan pegawai PWS.

Kehadiran delegasi PWS telah disambut mesra oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia di ibu pejabat YWM.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperluas jaringan kerjasama strategik bersama institusi wakaf di Malaysia bagi memperkukuh pembangunan dan pengurusan wakaf secara lebih tersusun dan berimpak tinggi.

Melalui pertemuan ini, kedua-dua pihak turut menzahirkan kesediaan untuk terus memperkukuh sinergi antara institusi wakaf bagi memastikan manfaat wakaf dapat dimanfaatkan secara lebih meluas kepada masyarakat.

No Comments

Post A Comment