13 Mac 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah dijemput menyampaikan Taklimat Wakaf kepada warga Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa kefahaman dan meningkatkan kesedaran mengenai peranan wakaf dalam pembangunan ummah.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS, yang berkongsi penerangan berkaitan konsep wakaf, kepentingannya sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi umat Islam serta peluang penyertaan masyarakat dalam pelbagai inisiatif wakaf yang dilaksanakan oleh PWS.
Program ini memberi pendedahan kepada warga JKR Selangor mengenai bagaimana wakaf mampu menyumbang kepada pembangunan pendidikan, kesihatan, kebajikan dan pembangunan komuniti secara berterusan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperluaskan budaya wakaf melalui pendekatan advokasi bersama agensi kerajaan dan organisasi strategik di Negeri Selangor.
No Comments