TAZKIRAH JUMAAT PWS DI MASJID ABU BAKAR AS-SIDDIQ SEMARAKKAN KESEDARAN BERWAKAF

TAZKIRAH JUMAAT PWS DI MASJID ABU BAKAR AS-SIDDIQ SEMARAKKAN KESEDARAN BERWAKAF

13 Mac 2026, Subang Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus menyemarakkan agenda advokasi wakaf melalui penganjuran Tazkirah Jumaat di Masjid Abu Bakar As-Siddiq bersempena Bulan Wakaf Selangor.

Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Muhamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS yang mengajak para jemaah menghayati keistimewaan bulan Ramadan sebagai peluang terbaik untuk memperbanyakkan amal kebajikan termasuk ibadah wakaf.

Beliau turut menegaskan bahawa wakaf merupakan amalan sedekah jariah yang manfaatnya terus mengalir, bukan sahaja membantu pembangunan institusi agama dan kebajikan masyarakat, malah menjadi bekalan pahala yang berpanjangan kepada para pewakaf.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PWS untuk memperluaskan kesedaran wakaf dalam kalangan masyarakat agar budaya berwakaf terus subur dan berkembang di Negeri Selangor.

Biarpun nafas terhenti, jariah terus mengalir.
Wakaf hari ini, manfaatnya untuk generasi masa hadapan.

No Comments

Post A Comment