14 Mac 2026, Gombak – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM30,000 kepada Surau Al-Firdaus, Taman Bidara, Selayang bagi tujuan kerja-kerja baik pulih kemudahan tempat wuduk dan tandas surau.
Penyerahan simbolik sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS kepada Pengerusi Surau Al-Firdaus dalam satu majlis ringkas yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan keberkatan.
Sumbangan wakaf ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PWS dalam menyokong pembangunan serta penyelenggaraan institusi masjid dan surau di Negeri Selangor agar kemudahan ibadah sentiasa berada pada tahap yang selesa dan kondusif untuk kegunaan para jemaah serta komuniti setempat.
Diharapkan penambahbaikan kemudahan ini dapat memberi manfaat kepada para jemaah serta menyokong pelaksanaan aktiviti pengimarahan surau secara berterusan.
Semoga setiap sumbangan wakaf menjadi amal jariah yang berpanjangan dan terus mengalir manfaatnya kepada ummah.
No Comments