PWS Salur Wakaf Fisabilillah RM42,500 kepada Surau Nurul Haq, Klang

PWS Salur Wakaf Fisabilillah RM42,500 kepada Surau Nurul Haq, Klang

7 Mac 2026, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM42,500 kepada Surau Nurul Haq, Klang bagi tujuan kerja-kerja baik pulih kantin surau.

Serahan cek cura wakaf telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS kepada wakil pengurusan surau.

Sumbangan ini bertujuan menambah baik kemudahan surau bagi memastikan keselesaan para jemaah serta menyokong pelaksanaan aktiviti pengimarahan surau dalam kalangan komuniti setempat.

Dalam program yang sama, Kuliah Subuh turut diadakan kepada para jemaah bagi menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan wakaf sebagai amalan sedekah jariah yang berterusan.

Selain itu, kaunter wakaf PWS turut dibuka bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk melazimi ibadah wakaf serta menyumbang ke arah pembangunan institusi agama dan kebajikan ummah.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperkasa ekosistem wakaf negeri secara inklusif dan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi Bulan Wakaf Selangor.

Marilah bersama melazimi ibadah wakaf demi manfaat ummah yang berpanjangan.

 

No Comments

Post A Comment