PWS SALUR SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH RM50,000 KEPADA SURAU DARUL SALAM, KAMPUNG JAWA

PWS SALUR SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH RM50,000 KEPADA SURAU DARUL SALAM, KAMPUNG JAWA

15 Mac 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkasa pembangunan institusi surau dan masjid melalui penyaluran Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000 kepada Surau Darul Salam, Kampung Jawa.

Sumbangan tersebut disalurkan bagi tujuan kerja-kerja baik pulih bumbung surau demi memastikan kemudahan ibadah yang lebih selesa dan selamat kepada para jemaah serta masyarakat setempat.

Penyerahan sumbangan wakaf tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS kepada wakil pihak pengurusan surau.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan PWS dalam memastikan dana wakaf dimanfaatkan secara strategik bagi menyokong pembangunan serta penyelenggaraan institusi agama di Negeri Selangor.

Diharapkan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada para jemaah serta menyokong usaha pengimarahan surau secara berterusan.

Semoga setiap sumbangan wakaf menjadi amal jariah yang berpanjangan dan terus mengalir manfaatnya kepada ummah.

Biarpun Nafas Terhenti, Jariah Terus Mengalir.

No Comments

Post A Comment