PWS dan Yayasan Waqaf Malaysia Bincang Potensi Kerjasama Pembangunan Wakaf

PWS dan Yayasan Waqaf Malaysia Bincang Potensi Kerjasama Pembangunan Wakaf

10 Mac 2026, Putrajaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengadakan sesi perbincangan strategik bagi meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan projek wakaf serta pelaksanaan program bersama di peringkat nasional dan negeri.

Sesi perbincangan tersebut berlangsung sempena kunjungan hormat delegasi PWS yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi PWS ke ibu pejabat YWM.

Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekosistem wakaf yang mampan, termasuk peluang kolaborasi projek wakaf serta penyelarasan inisiatif antara agensi di peringkat negeri dan persekutuan.

Langkah ini dilihat mampu memperluas impak pembangunan wakaf kepada masyarakat, khususnya dalam memperkasa peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi ummah yang berdaya tahan dan berimpak tinggi.

 

 
 
No Comments

Post A Comment