14 Mac 2026, Shah Alam – Kuliah Subuh Ramadan di Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9 Shah Alam bukan sekadar pengisian ilmu, malah menjadi ruang menyemai kesedaran tentang kepentingan memperbanyakkan amal kebajikan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
Dalam tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), para jemaah diingatkan bahawa Ramadan merupakan madrasah tarbiah rohani yang mengajak umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang memberi manfaat berpanjangan kepada ummah.
Antara amalan yang ditekankan ialah ibadah wakaf, iaitu sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir walaupun selepas seseorang meninggalkan dunia. Melalui wakaf, manfaatnya bukan sahaja dirasai oleh masyarakat hari ini, malah mampu memberi impak kepada generasi akan datang.
Pengisian tazkirah ini memberi inspirasi kepada para jemaah untuk memanfaatkan Ramadan sebagai peluang memperkukuh hubungan dengan Allah SWT melalui amalan kebajikan yang berterusan.
Sesungguhnya setiap wakaf yang dihulurkan bukan sekadar sumbangan, tetapi pelaburan akhirat yang manfaatnya terus mengalir untuk ummah.
No Comments