PWS SERAH SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH RM30,000 KEPADA SAR KAFA INTEGRASI KG PENDAMAR

PWS SERAH SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH RM30,000 KEPADA SAR KAFA INTEGRASI KG PENDAMAR

16 Oktober 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus melangkah ke hadapan dalam memperkasa pembangunan institusi pendidikan Islam. Hari ini, PWS telah menyerahkan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM30,000 kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) KAFA Integrasi Kg. Pendamar, Klang.

Sumbangan ini disalurkan bagi kerja-kerja baik pulih longkang dan pagar sekolah, sekali gus memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, kondusif dan lestari untuk para pelajar.

Majlis serahan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, yang turut menyampaikan taklimat kesedaran wakaf kepada para guru. Taklimat ini menekankan tentang peranan wakaf sebagai instrumen ummah dalam memacu pembangunan pendidikan dan sosial negeri Selangor serta memberi peluang kepada warga pendidik di Selangor melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan PWS untuk menyalurkan manfaat wakaf ke arah pembangunan komuniti dan pendidikan Islam.

Terima kasih kepada semua pewakaf yang terus menyalurkan sumbangan melalui PWS.

Sesungguhnya, wakaf anda adalah amanah yang menyuburkan ilmu dan membina generasi berakhlak mulia.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor #andawakafkamiagih #terimakasihPEWAKAF #satuwakafsejutamanfaat #WakafFisabilillah #PWSBersamaUmmah #PendidikanIslam #SAR_KgPendamar #PWSPrihatin #JariahBerkekalan

 

 

No Comments

Post A Comment