YAD PENGERUSI MAIS MENGADAKAN LAWATAN KE TAPAK HARTANAH WAKAF, SAUDAGAR NANAS AGROFARM DAN STESEN MINYAK WAKAF

YAD PENGERUSI MAIS MENGADAKAN LAWATAN KE TAPAK HARTANAH WAKAF, SAUDAGAR NANAS AGROFARM DAN STESEN MINYAK WAKAF

23 Jun 2025, Sepang – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin telah mengadakan lawatan khas ke Tapak Hartanah Wakaf yang dibangunkan di Sungai Merab, Kajang sempena Program Turun Padang Pengerusi MAIS 2025 bagi Daerah Sepang.

YAD Pengerusi MAIS telah disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Misri bin Haji Idris, Timbalan Pengerusi PWS merangkap Pengerusi WSE, YBrs Tuan Haji Mohamad Salim bin Sain, Ahli Lembaga Pengarah WSE dan YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.

Lawatan ini merupakan program turun padang ke tapak hartanah wakaf yang telah dibangunkan oleh PWS antaranya Saudagar Nanas Agrofarm yang telah diusahakan oleh seorang pengusaha Nanas berjaya dan juga tapak projek stesen minyak wakaf yang pertama di negeri Selangor.

Delegasi yang hadir ialah Dr. Hajah Norzaihan binti Mohd Zain,Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, Puan Rohana binti Hassan, Ketua Audit Dalam MAIS, Dr. Hajah Norraini binti Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, AF Ustaz Mohamad Nazri bin Sobirin Pegawai Tadbir Agama PAID Daerah Sepang, Yang Arif Muhamad Nazri bin Basrawi, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang dan Pegawai dari Lembaga Zakat Selangor.

Turut Serta dari PWS, Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Pengurus Bahagian Projek, Encik Mohd Nasoha bin Jaiman, Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan dan Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakafmembangunkanummah

#satuwakafsejutamanfaat

#wakafselangorenergy

#saudagarnanas

#mais

No Comments

Post A Comment