PWS SALUR SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH SEBANYAK RM30,000 KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT (KAFAI KG PANDAN,KLANG)

PWS SALUR SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH SEBANYAK RM30,000 KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT (KAFAI KG PANDAN,KLANG)

2 Julai 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 30,000.00 kepada S.A.R KAFA Integrasi Kampung Pandan, Klang.

Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz selaku Eksekutif, Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Ketua Guru serta disaksikan oleh guru-guru di sekolah berkenaan. Sumbangan sebanyak RM30,000.00 tersebut adalah bertujuan untuk membaik pulih bangunan di sekolah berkenaan.

Taklimat Wakaf Tunai juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada guru-guru disekolah tersebut serta memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakaftunai 

#wakafmembangunkanummah #andawakafkamiagih

#kampungpandan

No Comments

Post A Comment