15 Oktober 2025, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM35,000 kepada institusi pendidikan di Selangor iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Kuala Selangor.
Serahan cek cura telah disempurnakan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS dan disambut mesra oleh Guru Besar SK Bandar Baru Kuala Selangor untuk tujuan pembesaran ruang solat surau di sekolah berkenaan.
Penerangan wakaf dan fadhilat turut disampaikan kepada institusi tersebut yang disampaikan sendiri oleh Ustaz Ibnu Hubain bagi menyebarluaskan lagi kefahaman dan kesedaran kepada warga pendidik betapa pentingnya dalam melazimi dan melaksanakan ibadah wakaf untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat serta peranan PWS sebagai institusi wakaf di negeri Selangor.
Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada warga pendidik di Selangor melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini akan memberi manfaat kepada warga pendidik kepada dua institusi tersebut dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments