19 Jun 2025, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 29 Ribu kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong Asli, Sungai Pelek.
Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Guru Besar, Cikgu Siti Hanim binti Sungit, serta disaksikan oleh guru-guru di sekolah berkenaan.
Sumbangan sebanyak RM29 ribu tersebut adalah bertujuan untuk baik pulih surau di sekolah berkenaan.
Taklimat wakaf juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada guru-guru disekolah tersebut serta memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments