PWS TERUS MEMPERKASA PENDIDIKAN MELALUI WAKAF FISABILILLAH

PWS TERUS MEMPERKASA PENDIDIKAN MELALUI WAKAF FISABILILLAH

9 Januari 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah  kepada  institusi pendidikan di Selangor sebagai sebahagian daripada agenda berterusan PWS dalam memperkukuh  ekosistem pendidikan dan kebajikan ummah melalui instrumen wakaf.

Di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Subang, Shah Alam, sumbangan berjumlah RM40,000 telah disalurkan bagi menaik taraf makmal komputer serta pembelian peralatan ICT, dan penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.

Seiring dengan penyerahan sumbangan, taklimat wakaf turut disampaikan kepada warga sekolah, di samping pembukaan kaunter wakaf sebagai platform memudahkan para pendidik dan warga sekolah menyertai serta melazimi ibadah wakaf secara konsisten, selari dengan aspirasi PWS untuk melahirkan komuniti berwakaf yang progresif dan mampan.

PWS komited untuk terus memacu pembangunan pendidikan melalui wakaf sebagai pelaburan akhirat yang memberi impak berpanjangan kepada generasi masa hadapan

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#WakafSelangor #WakafMembangukanUmmah

#WakafFisabilillah

#WakafPendidikan

#satuwakafsejutakeberkahan

No Comments

Post A Comment