9 Januari 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah kepada institusi pendidikan di Selangor sebagai sebahagian daripada agenda berterusan PWS dalam memperkukuh ekosistem pendidikan dan kebajikan ummah melalui instrumen wakaf.
Di Sekolah Rendah Agama Kuang, Rawang, sumbangan sebanyak RM33,000 telah diserahkan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS bagi pemasangan empat unit penyaman udara dan sistem siar raya demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.
Seiring dengan penyerahan sumbangan, taklimat wakaf turut disampaikan kepada warga sekolah, di samping pembukaan kaunter wakaf sebagai platform memudahkan para pendidik dan warga sekolah menyertai serta melazimi ibadah wakaf secara konsisten, selari dengan aspirasi PWS untuk melahirkan komuniti berwakaf yang progresif dan mampan.
PWS komited untuk terus memacu pembangunan pendidikan melalui wakaf sebagai pelaburan akhirat yang memberi impak berpanjangan kepada generasi masa hadapan.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments