8 Januari 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan wakaf fisabilillah kepada institusi pendidikan di Negeri Selangor sebagai usaha berterusan memperkasa pembangunan pendidikan dan kemudahan keagamaan.
Sumbangan kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Jenderam Hilir, Sepang berjumlah RM48,000.00 bagi tujuan baik pulih dan naik taraf musolla sekolah. Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS, mewakili pihak pengurusan PWS.
Dalam sesi penyerahan, taklimat wakaf turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada warga pendidik mengenai peranan wakaf fisabilillah sebagai instrumen pembangunan ummah.
Para guru turut diberi peluang untuk melazimi ibadah wakaf, sekali gus membudayakan amalan jariah berterusan dalam sektor pendidikan.
Inisiatif ini menzahirkan komitmen PWS dalam memastikan dana wakaf dimanfaatkan secara strategik, berimpak tinggi dan berterusan demi kesejahteraan generasi masa hadapan.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments