29 Oktober 2025, Bangsar – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah berpeluang bersiaran secara langsung di Selangor FM 100.9 bagi membicarakan topik istimewa bertajuk:
“CSR Berimpak: Wakaf Korporat Bersama PWS”
Siaran ini telah menampilkan Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS sebagai tetamu jemputan, dan dihoskan oleh DJ Awan dari Selangor FM.
Perbincangan menarik ini menyentuh tentang peranan strategik sektor korporat dalam memperkasa ekonomi ummah melalui wakaf tunai korporat dan tanggungjawab sosial (CSR) yang memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat.
✨ Terima kasih Selangor FM atas ruang perkongsian bermakna ini. Bersama kita sebarkan kebaikan dan keberkatan wakaf untuk seluruh ummah. ✨
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments