Sipro Plastic Industries Salur Wakaf Tunai Korporat RM200,000 Bersama PWS

Sipro Plastic Industries Salur Wakaf Tunai Korporat RM200,000 Bersama PWS

12 Mac 2026, Sabak BernamSipro Plastic Industries Sdn. Bhd. menyalurkan Wakaf Tunai Korporat berjumlah RM200,000 melalui Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) sebagai sokongan terhadap agenda pembangunan wakaf negeri sempena Majlis Ihya’ Ramadhan 1447H Daerah Sabak Bernam.

Sumbangan tersebut telah disempurnakan akadnya di hadapan DYTM Raja Muda Selangor di Masjid Marzukiyah, Kampong Lubuk Pusing, sekali gus mencerminkan komitmen sektor korporat dalam menyokong pembangunan wakaf secara lebih tersusun dan berimpak tinggi.

Inisiatif ini memperlihatkan kesungguhan pihak korporat dalam menjadikan wakaf sebagai sebahagian daripada pendekatan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi manfaat berpanjangan kepada pembangunan ummah.

PWS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen berterusan pihak Sipro Plastic Industries dalam menyokong pembangunan wakaf di Negeri Selangor.


 

No Comments

Post A Comment