10 September 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah institusi pendidikan di daerah di Selangor iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Badong Kuala Selangor.
Serahan cek cura telah disempurnakan oleh Puan Hajah Norhalisa binti Mujer, Pengurus Bahagian Hartanah PWS dan disambut mesra oleh Penolong Kanan Pentadbiran,SK Bukit Badong berjumlah RM 19,000 untuk tujuan naik taraf elektrikal, ganti siling dan bumbung surau di sekolah berkenaan.
Penerangan wakaf dan fadhilat turut disampaikan kepada institusi tersebut bagi menyebarluaskan lagi kefahaman dan kesedaran kepada warga pendidik betapa pentingnya dalam melazimi dan melaksanakan ibadah wakaf untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada warga pendidik di Selangor melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini akan memberi manfaat kepada warga pendidik kepada institusi tersebut dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments