TERIMA KASIH WARGA SK JALAN TANJUNG -Andalah Pejuang Wakaf Demi Membangunkan Ummah-

TERIMA KASIH WARGA SK JALAN TANJUNG -Andalah Pejuang Wakaf Demi Membangunkan Ummah-

15 Mei 2025, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 23 Ribu kepada Sekolah Kebangsaan Jalan Tanjung, Sijangkang sempena bersempena Hari Guru.

Serahan cek cura dan cenderahati sempena Hari Guru telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh, Puan Puan Norzaini binti Jamil, Guru Besar SK berkenaan.

Selain itu, Guru Besar juga turut mengadakan serahan gimik borang Skim Potongan Gaji (SPG) kepada PWS sebagai tanda warga pendidik di SK Jalan Tanjung telah melaksanakan ibadah wakaf.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada warga SK Jalan Tanjung dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#andawakafkamiagih

#terimakasihPEWAKAF

#skjalantanjungsijangkang

No Comments

Post A Comment