“SAYA WAKAF SEKALI, TAPI GANJARAN DIA TIAP-TIAP HARI” -Jariah Wakaf Kalian Dipanjangkan Ke Surau SK Seksyen 6

“SAYA WAKAF SEKALI, TAPI GANJARAN DIA TIAP-TIAP HARI” -Jariah Wakaf Kalian Dipanjangkan Ke Surau SK Seksyen 6

27 Ogos 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM 50,000 Ribu kepada Surau Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 bagi tujuan baik pulih bumbung surau sekolah berkenaan.

Serahan cek cura tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Huzairi bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh Cikgu Muhamad Faisol bin Abdul Majid, Guru Besar dan turut disaksikan oleh Puan Nurul Hana Binti Mayikhi, YDP SK Sekyen 6.

“Alhamdulillah dengan sumbangan wakaf yang diberikan, secara tidak langsung memudahkan urusan surau ini dan sangat bermanfaat kepada semua Jemaah yang hadir.” Ujar Guru Besar SK Seksyen 6.

Turut hadir sama Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS untuk menyampaikan taklimat dan perkongsian ilmu berkenaan wakaf dalam memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf dan peranan PWS sebagai Intitusi Wakaf di negeri Selangor.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada warga SK seksyen 6 dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#andawakafkamiagih

#terimakasihPEWAKAF

#skseksyen6shahalam

No Comments

Post A Comment