“BIARPUN NAFAS TERHENTI ,JARIAH TETAP MENGALIR” -Jariah Anda Telah Disalurkan Kepada Sekolah Menengah Kebangsaaan Banting RM50,000.00-

“BIARPUN NAFAS TERHENTI ,JARIAH TETAP MENGALIR” -Jariah Anda Telah Disalurkan Kepada Sekolah Menengah Kebangsaaan Banting RM50,000.00-

4 Julai 2025, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 50 Ribu kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banting sempena Program Ceramah Maal Hijrah 1447 anjuran sekolah yang telah disampaikan oleh YBrs Ketua Pegawai Eksekutif PWS.

Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh Puan Rosnah binti Sarip, Pengetua SMK Banting serta disaksikan oleh guru-guru dan para pelajar bertujuan untuk membina dewan terbuka di sekolah berkenaan.

Selain itu, PWS juga memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakafmembangunkanummah

#wakaftunai

#andawakafkamiagih

#satuwakafsejutamanfaat

#smkbanting

No Comments

Post A Comment