PWS MENYANTUNI WARGA PENDIDIK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANTING

PWS MENYANTUNI WARGA PENDIDIK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANTING

12 Julai 2025, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan perkongsian wakaf serta menyantuni warga pendidik SMK Banting.

Perkongsian wakaf ini telah disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan,Bahagian Korporat PWS sempena Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan guru-guru di sekolah tersebut.

Objektif utama yang dilakukan adalah untuk memperkasakan dakwah, kesedaran, berkongsi ilmu serta meyebarluaskan lagi peranan PWS sebagai institusi wakaf di negeri Selangor.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendoakan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Selain itu, PWS juga memberi peluang dan mengajak warga pendidik SMK Banting sama-sama melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#mudahnyaberwakaf

#satuwakafsejutamanfaat

#smkbanting

No Comments

Post A Comment