10 Julai 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 16 Ribu kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong.
Serahan cek cura sumbangan untuk pembelian tiga set Smart TV 65″ di sekolah berkenaan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Puan Hajah Norazlinda binti Kassim, Pengetua serta disaksikan oleh guru-guru di sekolah berkenaan.
Selain itu, Encik Muhammad Hafiz juga telah menyampaikan bicara wakaf kepada guru-guru bagi menyebarluaskan lagi dakwah, memberi kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf.
Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:
No Comments