TERIMA KASIH PEJUANG-PEJUANG WAKAF DI NEGERI SELANGOR -Jariah Anda Kami Salurkan Kepada Sekolah Rendah Agama Bukit Badong-

TERIMA KASIH PEJUANG-PEJUANG WAKAF DI NEGERI SELANGOR -Jariah Anda Kami Salurkan Kepada Sekolah Rendah Agama Bukit Badong-

24 Julai 2025, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 5 Ribu kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Badong, Ijok.

Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh Puan Hajah Norhalisa binti Mujer, Pengurus Bahagian Hartanah PWS dan disambut mesra oleh Ustazah Zanariah binti Mat Ali, Guru Besar serta disaksikan oleh guru-guru di sekolah berkenaan.

Sumbangan sebanyak RM5 ribu tersebut adalah bertujuan untuk baik pulih bumbung di sekolah berkenaan.

Taklimat wakaf  juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus, Bahagian Korporat PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf dan peranan PWS sebagai Institusi wakaf di negeri Selangor kepada guru-guru disekolah tersebut serta memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

#satuwakafsejutamanfaat

 

No Comments

Post A Comment