25 Jun 2025, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 49 Ribu kepada Sekolah Rendah Agama Bukit Bangkong, Sungai Pelek.
Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif, Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Guru Besar serta disaksikan oleh guru-guru di sekolah berkenaan.
Sumbangan sebanyak RM49 ribu tersebut adalah bertujuan untuk baik pulih bangunan di sekolah berkenaan. Taklimat wakaf juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada guru-guru disekolah tersebut serta memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online https://fpx.wakafselangor.gov.my/ atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor untuk berwakaf tunai. — #wakafselangor #wakaftunai #wakafmembangunkanummah #andawakafkamiagih #srabukitbangkong
No Comments