12 November 2025, Kuala Langat –Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus melaksanakan amanah ummah melalui serahan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000 kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Kebun Baharu, Kuala Langat.
Sumbangan ini bertujuan untuk kerja-kerja pemasangan jubin di dewan terbuka sekolah, bagi memberikan keselesaan kepada para pelajar dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran serta program keagamaan.
Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, dan diterima oleh AF Ustaz Hairul Anuar Samingan, Yang Dipertua PIBG SRA Kebun Baharu, disaksikan oleh Guru Besar, Ustaz Nor Azman bin Abdul Kahar.
Majlis turut diisi dengan taklimat wakaf serta pembukaan kaunter wakaf bagi memberi peluang kepada warga sekolah untuk melazimi amalan berwakaf serta memahami hikmah dan ganjaran di sebaliknya.
PWS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pewakaf dan pihak pengurusan SRA Kebun Baharu atas kerjasama serta komitmen dalam memperkukuh agenda pembangunan ummah melalui wakaf.
📢 Jom berwakaf bersama PWS – Hadiah abadi untuk dunia dan akhirat.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my/
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
Untuk berwakaf tunai.
#PerbadananWakafSelangor #WakafSelangor #WakafFisabilillah #SRAKebunBaharu #WakafPendidikan #PahalaBerpanjangan #WakafMembangunkanUmmah #SelangorMajuBerkatSejahtera #JomBerwakaf
Â
No Comments