16 Oktober 2025, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pada pagi ini segera turun padang ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Kg. Medan, susulan tragedi bencana puting beliung yang melanda kawasan tersebut petang semalam.
Kunjungan ini diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, bersama Y.D.M. Tengku Dato’ Mohamed Alhaj bin Tengku Harun, Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Kuala Langat.
Turut hadir memberikan sokongan dan meninjau lokasi kejadian ialah AF Ustaz Hairul Anuar bin Samingan, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Langat, Y.M Tengku Rohana binti Tengku Nawawi, Pegawai Daerah Kuala Langat dan Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.
PWS menzahirkan keperihatinan mendalam terhadap musibah yang menimpa dan akan menyalurkan bantuan serta bekerjasama dalam usaha menaiktaraf semula SRA Kg. Medan agar dapat beroperasi seperti sediakala.
🤲 Terima kasih kepada semua pewakaf yang terus istiqamah berinfaq melalui wakaf.
Sesungguhnya, jariah pewakaf tidak terhenti — terus mengalir membawa manfaat.
No Comments