5 November 2025, Kuala Langat –Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) hari ini menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah bernilai RM50,000 kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Labohan Dagang, Kuala Langat bagi tujuan naik taraf dan baik pulih bangunan sekolah.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS, dan disambut mesra oleh Ustazah Miskiah binti Sahri, Guru Besar SRA Labohan Dagang.
Dalam program yang sama, turut diadakan taklimat penerangan wakaf kepada guru-guru bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran terhadap peranan wakaf dalam membangunkan institusi pendidikan Islam.
PWS turut membuka kaunter wakaf bagi memberi peluang kepada warga sekolah dan masyarakat sekitar menunaikan wakaf serta bersama menjayakan misi “Satu Wakaf, Sejuta Manfaat.”
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments