AYUH TERUSKAN BERWAKAF DI PERBADANAN WAKAF SELANGOR -Jariah Anda PWS Salurkan ke Surau Al Aiman Putra Heights-

AYUH TERUSKAN BERWAKAF DI PERBADANAN WAKAF SELANGOR -Jariah Anda PWS Salurkan ke Surau Al Aiman Putra Heights-

24 Julai 2025, Subang Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkasakan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 50 Ribu kepada Surau Al Aiman, Putra Heights.

Serahan cek cura tersebut telah disempurnakan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh jawatankuasa di surau berkenaan.

Sumbangan adalah bertujuan untuk pemasangan awning bermotor dan pembinaan bilik imam di surau tersebut.

Selain itu, PWS juga diberi peluang untuk mengadakan tazkirah wakaf yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam memperluaskan peranan PWS sebagai institusi wakaf di negeri Selangor kepada ahli kariah.

kaunter wakaf tunai turut di buka bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada ahli kariah Surau Al Aiman dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf sehingga yaumulakhirah.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#andawakafkamiagih

#terimakasihPEWAKAF

#satuwakafsejutamanfaat

 

No Comments

Post A Comment