8 November 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkukuh agenda dakwah dan kesedaran masyarakat terhadap amalan wakaf melalui penganjuran Kuliah Maghrib Khas di negeri Selangor.
Kuliah telah diadakan di Surau Al-Firdaus, Taman Bidara, Selayang yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS bertajuk “Biarpun Nafas Terhenti, Jariah Tetap Mengalir”
Majlis turut diserikan dengan pembukaan kaunter wakaf, memberi peluang kepada para jemaah menunaikan wakaf secara langsung serta mendapat pencerahan mengenai manfaat dan fadhilat amalan ini.
PWS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan surau yang terlibat atas kerjasama erat dalam menjayakan program dakwah ini.
Mari kita jadikan harta yang dimiliki sebagai bekalan akhirat dan sumber keberkatan yang berterusan untuk ummah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments