20 Oktober 2025, Hulu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus komited menyalurkan manfaat wakaf kepada institusi-institusi keagamaan di seluruh negeri Selangor bagi memperkasa pembangunan ummah.
Baru-baru ini, PWS telah menyerahkan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM22,000 kepada Surau Al-Hidayah, Taman Desa Raya, Hulu Langat bagi tujuan kerja-kerja baik pulih surau demi keselesaan para jemaah dan pengimarahan rumah Allah ini.
Majlis penyerahan turut diserikan dengan Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS. Dalam kuliahnya bertemakan “Biarpun Nafas Terhenti, Jariah Tetap Mengalir”, beliau menegaskan bahawa wakaf adalah pelaburan abadi — satu bentuk ibadah yang meneruskan pahala walaupun pewakaf telah kembali ke rahmatullah.
Turut dibuka sepanjang program ialah kaunter wakaf PWS, memberi peluang kepada para jemaah menunaikan wakaf secara terus serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai inisiatif wakaf yang dijalankan oleh PWS di seluruh negeri Selangor.
Terima kasih kepada semua pewakaf yang terus menyokong usaha membangunkan masyarakat melalui wakaf.
Sesungguhnya, wakaf hari ini, manfaatnya selamanya.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#PerbadananWakafSelangor #WakafMembangunkanUmmah #WakafFisabilillah #SurauAlHidayah #HuluLangat #PWSPrihatin #KuliahMaghribPWS #JariahBerkekalan #BiarpunNafasTerhentiJariahTetapMengalir #BersamaPWS
No Comments