KULIAH ZUHUR KHAS BERSAMA PWS

KULIAH ZUHUR KHAS BERSAMA PWS

21 Julai 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengadakan Kuliah Zuhur Khas yang di sampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS di Surau An-Najah, Ibu Pejabat Zakat Selangor, Seksyen 14.

Kuliah Zuhur yang bertajuk “Wakaf, Supplement Iman” yang diberikan adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf dan peranan PWS sebagai Institusi wakaf di negeri Selangor.

Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#mudahnyaberwakaf

#satuwakafsejutamanfaat

#lzs

No Comments

Post A Comment