20 Oktober 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkukuh agenda kebajikan ummah melalui penyaluran manfaat wakaf di seluruh negeri Selangor.
Pada hari ini, PWS telah menyerahkan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM14,000 kepada Surau Haji Marzuki, Klang bagi tujuan pembelian tiga (3) unit penyaman udara baharu demi keselesaan para jemaah surau.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS, dan disambut oleh Encik Zulkifli bin Ajmal Khan, Pengerusi Surau Haji Marzuki.
Majlis turut diserikan dengan Kuliah Subuh bertajuk “Biarpun Nafas Terhenti, Jariah Tetap Mengalir” yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian sendiri. Dalam perkongsiannya, beliau menekankan bahawa wakaf adalah pelaburan akhirat yang tidak pernah rugi, amal yang terus mengalir meskipun nyawa terhenti.
Turut dibuka sempena program ini ialah kaunter wakaf PWS bagi memberi peluang kepada jemaah menunaikan wakaf secara terus serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan kempen wakaf semasa.
Terima kasih kepada semua pewakaf yang sentiasa mendukung usaha memperkasa ekonomi dan kebajikan umat Islam melalui wakaf.
Sesungguhnya, biarpun nafas terhenti, jariah tetap mengalir.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#PerbadananWakafSelangor #WakafMembangunkanUmmah #WakafFisabilillah #SurauHajiMarzuki #Klang #PWSPrihatin #KuliahSubuhPWS #BiarpunNafasTerhentiJariahTetapMengalir #JariahBerkekalan #BersamaPWS
No Comments