PWS SALUR SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH SEBANYAK RM48,000 KEPADA SURAU HAJI HASSAN

PWS SALUR SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH SEBANYAK RM48,000 KEPADA SURAU HAJI HASSAN

8 Ogos 2025, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 48 ribu kepada Surau Haji Hassan, Kampong Sijangkang.

Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh YBrs Tuan Haji Mohamad Rafi bin Miskan, Pengerusi Surau untuk tujuan baik pulih di surau tersebut.

YBrs Tuan Haji Anuar sendiri telah menyampaikan kuliah mahgrib khas bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada ahli kariah serta memberi peluang kepada ahli kariah sama-sama melazimi ibadah wakaf.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada ahli kariah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

#terimakasihPEWAKAF

 

No Comments

Post A Comment