KULIAH MAGHRIB KHAS MEDIUM PERLUAS KEFAHAMAN WAKAF

KULIAH MAGHRIB KHAS MEDIUM PERLUAS KEFAHAMAN WAKAF

11 Disember 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah melaksanakan Kuliah Maghrib Khas diinstitusi agama terpilih sebagai usaha memperluas penyampaian dakwah serta memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap kepentingan ibadah wakaf.

Kuliah Maghrib Khas di Surau Nurul Iman, Pangsapuri Subang Suria telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pengisian menekankan peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah dan amal jariah yang berterusan.

Seiring dengan penganjuran kuliah, kaunter wakaf PWS turut dibuka bagi memudahkan para jemaah mendapatkan maklumat serta menyertai ibadah wakaf secara langsung dalam suasana yang kondusif dan berinformasi.

Pendekatan pelaksanaan serentak ini mencerminkan strategi PWS dalam memperluas capaian dakwah wakaf secara lebih tersusun, berimpak dan berdaya mampan selaras dengan aspirasi memperkasakan ekosistem wakaf di Negeri Selangor.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#perbadananwakafselangor

#WakafSelangor

#WakafMembangunkanUmmah

#KuliahMaghribKhas

#DakwahWakaf

#KaunterWakaf

#WakafBerimpak

No Comments

Post A Comment