14 Jun 2025, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Surau San Mukhalil, Kanchong Darat, Banting telah mengadakan Kuliah Maghrib Khas yang di sampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Kuliah yang bertajuk “Berkorbanlah, Tanda Syukur” adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf di seluruh negeri Selangor.
Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments