PENGISIAN MINYAK PERTAMA KE TANGKI STESEN MINYAK DIATAS TANAH WAKAF

PENGISIAN MINYAK PERTAMA KE TANGKI STESEN MINYAK DIATAS TANAH WAKAF

30 Mei 2025, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bersama delegasi telah hadir untuk melaksanakan lawatan tapak projek Pembinaan Stesen Minyak serta pengisian minyak pertama ke tangki stesen di atas tanah wakaf yang bertempat di Sungai Merab, Bangi.

Lawatan tapak ini adalah salah satu pemantauan projek yang dijadualkan bagi mengemaskini status pembinaan stesen minyak yang telah dilancarkan pada  14 Julai 2024 yang lalu di mana projek tersebut telah mencapai 80 peratus dan dijangkakan dalam tempoh tiga bulan akan siap sepenuhnya.

PWS bersama delegasi anak syarikat Wakaf Selangor Energy (WSE) telah hadir untuk melihat sendiri proses pengisian minyak ke tangki stesen dan telah ditaklimatkan oleh kontraktor dan juru runding petron bagi tujuan memberi gambaran yang menyeluruh akan status projek dan pelaksanaan stesen minyak tersebut.

Turut hadir lawatan tersebut ialah YBhg. Dato’ Haji Mohd Misri bin Haji Idris, Timbalan Pengerusi PWS merangkap Pengerusi WSE, YBrs Tuan Haji Mohamad Salim bin Sain, Ahli Lembaga Pengarah WSE, YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS, Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Pengurus Bahagian Projek PWS dan Encik Mohd Nasoha bin Jaiman, Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan PWS.

Semoga dengan pembinaan projek stesen minyak wakaf yang pertama ini dapat menjadi pemangkin dalam membangunkan tanah-tanah wakaf di negeri Selangor agar jariah pewakaf-pewakaf dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#wakafselangorenergy

 

No Comments

Post A Comment