8 Januari 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan mengadap Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, sebagai sebahagian usaha memperkukuh hubungan institusi wakaf negeri dengan pihak Istana Selangor.
Delegasi PWS diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi PWS. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan Ahli Lembaga Pengarah PWS yang baharu bagi sesi 2026 hingga 2028, di samping mempersembahkan peranan serta fungsi PWS sebagai institusi wakaf di Negeri Selangor.
Dalam sesi mengadap tersebut, PWS turut mempersembahkan hala tuju pembangunan wakaf merangkumi aspek hartanah, ekonomi dan sosial masyarakat ummah melalui konsep wakaf, serta Laporan Prestasi PWS bagi Tahun 2025.
DYTM Raja Muda Selangor turut memberikan pandangan, nasihat dan idea-idea bernas bagi memperkukuh pembangunan wakaf di Negeri Selangor agar dilaksanakan secara lebih strategik, mampan dan berimpak tinggi.
Turut mengiringi delegasi PWS ialah YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS, serta Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen PWS untuk terus memperkasa pengurusan wakaf berteraskan tadbir urus terbaik serta menyokong aspirasi pembangunan negeri demi kesejahteraan ummah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#WakafSelangor #WakafMembangukanUmmah
#PerbadananWakafSelangor
#MengadapDYTM
#RajaMudaSelangor
#InstitusiWakaf
#PembangunanWakaf
#WakafBerimpak
No Comments