27 Oktober 2025, Petaling Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menerima sumbangan wakaf tunai korporat berjumlah RM100,000 daripada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) sempena Majlis Peluncuran Gedung Fesyen TERAS yang berlangsung di Petaling Jaya.
Sumbangan berbentuk cek cura ini disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Pengerusi TERAS dan diterima dengan penuh penghargaan oleh YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Md. Yusof, Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor.
Majlis penuh bermakna ini turut disaksikan oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Menariknya, TERAS telah menjadi antara rakan korporat paling konsisten menyokong agenda wakaf negeri. Sejak tahun 2020 hingga 2025, TERAS telah menyalurkan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM250,000 kepada PWS bagi memperkasa projek-projek wakaf berimpak tinggi.
Sumbangan ini melambangkan komitmen strategik TERAS dalam memperkukuh ekosistem ekonomi ummah serta memperluas manfaat wakaf melalui jaringan korporat dan sosial yang lestari.
Bersama membina legasi pahala yang terus mengalir.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#PerbadananWakafSelangor #WakafProduktif #WakafKorporat #TERAS #EkonomiUmmah #MAIS #PahalaBerkekalan
No Comments