6 Januari 2026, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) meneruskan komitmen memperkasa pengurusan dan pembangunan wakaf melalui lawatan turun padang oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi PWS yang baharu, ke tanah wakaf di Sungai Merab.
Tanah wakaf tersebut telah dimanfaatkan melalui projek pembangunan stesen minyak dan ladang Saudagar Nanas, yang berfungsi sebagai inisiatif wakaf produktif bagi menjana manfaat ekonomi berterusan untuk ummah.
Lawatan ini turut diiringi oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS, serta YBhg. Dato’ Haji Mohamad Salim bin Sain, Ahli Lembaga Pengarah WSE. Turut serta ialah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat status dan keberkesanan pembangunan tanah-tanah wakaf yang telah diusahakan, selain memastikan setiap projek wakaf dilaksanakan secara strategik, mampan dan memberi pulangan manfaat maksimum kepada masyarakat.
PWS komited untuk terus memperkukuh pembangunan wakaf produktif sebagai pemacu kesejahteraan ummah dan pembangunan ekonomi Islam di Negeri Selangor.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#WakafSelangor #WakafMembangukanUmmah
#PerbadananWakafSelangor
#WakafProduktif
#PembangunanTanahWakaf
#TurunPadang
#WakafBerimpak
No Comments